Society For The Sabah Heart Fund

History & Objectives

Use heart to care, support, and bring hope to Sabah heart patients and families.

Sejarah

Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1981 oleh Menteri Pembangunan Masyarakat Sabah pada masa itu, Toh Puan Hajjah Rahimah Stephens, yang juga menjadi pengasas Presidennya.

Persatuan ini secara rasminya telah didaftarkan dan dilancarkan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah pada masa itu, Tun Adnan Robert, pada bulan Ogos 1981.

Objektif

Objektif Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah adalah membantu pesakit jantung kanak-kanak yang tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan atau pembedahan di Kuala Lumpur. Kos rawatan untuk seorang pesakit dianggarkan dalam lingkungan RM38,000.00-RM45,000.00.

Sehingga penerbitan buku ulang tahun ke-40, Persatuan telah membiayai kira-kira 700 pesakit jantung semenjak penubuhannya pada tahun 1981. Kebanyakan pesakit dihantar ke Institut Jantung Negara, Gleneagles Kuala Lumpur, dan Korea melalui kerjasama sukarelawan Korea serta Korea Food For The Hungry International.

Persatuan meneruskan kutipan derma dan sumbangan agar lebih ramai pesakit jantung yang tidak berkemampuan dapat dibantu mendapatkan rawatan dan peluang kedua untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Publication Sheet
🔍 Read / Zoom Page
Chat with us on WhatsApp